Salam dan Hai semua,
Indonesia, negara jiran Malaysia merupakan destinasi menarik untuk bercuti dan dikunjungi. Sebelum ini Lia pernah melawat beberapa lokasi di Indonesia dan belum pernah ke Banyuwangi. Untuk entry kali ini, Lia akan berkongsikan pengalaman bercuti di sana dan beberapa tempat menarik yang sempat Lia teroka. Ini juga kali pertama Lia menjejakkan kaki ke Banyuwangi.
Sebelum itu, trip kali ini merupakan anjuran Tourism Indonesia bersama Travel Agen dan Media & Blogger. Terima kasih kepada staff dari Kementrian Pariwisata dan lain-lain yang sentiasa menjaga kami di sana. Trip ini selama 5 hari 4 malam ke dua lokasi iaitu Banyuwangi dan Bali. Terlebih dahulu Lia akan menceritakan dahulu mengenai Banyuwangi. Kemudian entry seterusnya akan berkongsi mengenali Bali.
Sebelum itu, pernah dengar mengenai Banyuwangi, Indonesia ❓
Mungkin ada segelintir rakyat Malaysia yang sudah mengetahui mengenai Banyuwangi tetapi ramai masih tidak mengenali Banyuwangi. Sebelum Lia nak kongsikan lokasi menarik di sana, nak cerita terlebih dahulu mengenai Banyuwangi.
Kalau korang yang belum tau dimana kedudukan
Banyuwangi, jom kita tengok map terlebih dahulu.
![]()
Kalau berdasarkan map
Banyuwangi terletak di paling hujung timur kepulauan Jawa & dipisahkan oleh Selat Bali dari Bali. Perjalanan dari Banyuwangi ke Bali hanya 1 jam menaiki feri.
![]()
Nama
Banyuwangi dari bahasa Jawa bermaksud "air wangi" dari cerita rakyat Sri Tanjung.
Banyuwangi adalah daerah (atau dipanggil kabupaten dalam bahasa Indonesia) dalam wilayah Jawa Timur di Indonesia. Daerah yang terletak di paling hujung timur Pulau Jawa & berfungsi sebagai pelabuhan antara Jawa dan Bali.
Banyuwangi dikelilingi oleh gunung dan hutan di barat; oleh laut ke timur dan selatan, dipisahkan oleh Selat Bali dari Bali. Dengan luas 5,782.4 km2, kabupaten ini adalah yang terbesar di Jawa.
Banyuwangi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan baru untuk pelancongan antarabangsa dengan membangun infrastruktur yang diperlukan. Kabupaten Banyuwangi telah diisytiharkan taman bumi, atau taman geologi nasional pada tahun 2018.
![Bercuti dan Melawat Tempat Menarik di Banyuwangi, Indonesia www.liahasty.com]() |
Pandangan sawah Banyuwangi dari window flight Citilink, QG515. Kredit gambar kepada Mr David ST Loh. |
Cuaca :
Iklim kering tropika dan basah yang sederhana
Musim kering : bermula dari Mei hingga Oktober, dan selebihnya adalah musim hujan.
Suhu purata :
suhu purata tertinggi : 28.2 ° C & suhu purata terendah : 24.8 ° C
Mata Wang : Rupiah
RM290 = 1 juta rupiah
(Mengikut nilai semasa)
Masa : Awal satu jam dari Malaysia
Komunikasi : Bahasa Indonesia, Inggeris, Jawa, Osing
Wifi/Data Internet :
Kemudahan wifi banyak terdapat di hotel penginapan. Jika memerlukan data internet, anda boleh membeli simcard di kedai berhampiran.
Soket Eletrik : Type C & F (230V AC)
Dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur bersama AirAsia![Bercuti dan Melawat Tempat Menarik di Banyuwangi, Indonesia www.liahasty.com]()
Lia bersama group Media dan travel agent yang lain berangkat dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur seawal 5.55 pagi menaiki pesawat AirAsia AK6123 & ambil masa hanya 1 jam perjalanan.
Terbang ke Banyuwangi dari Kuala Lumpur bersama Citilink
![Bercuti dan Melawat Tempat Menarik di Banyuwangi, Indonesia www.liahasty.com]()
Setibanya di KLIA2 terus sarapan sementara menunggu next flight ke
Banyuwangi. Kami bergerak ke KLIA dengan menaiki KLIA Transit dengan bayaran RM2 seorang. Sementara menunggu next flight kami beramai-ramai berkumpul di kaunter untuk proses check-in bag. Biasanya luggage untuk Citilink, 20 kg untuk international check-in dan 7 kg hand carry.
![Bercuti dan Melawat Tempat Menarik di Banyuwangi, Indonesia www.liahasty.com]()
Departure time pada pukul 1.00 petang dengan menaiki pesawat
Citilink,
Airbus A320-200, QG515.Ketibaan di Bandar Udara Banyuwangi (Airport)
Ini merupakan pengalaman kali pertama terbang menaiki pesawat
Citilink,
Airbus A320-200, QG515. Merupakan low-cost subsidiary of Garuda Indonesia, 4 star low class airlines & budget friendly flight. Jarak Penerbangan dari Kuala Lumpur ke
Banyuwangi adalah 1890km.
1 syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan langsung. Kini Citilink menawarkan penerbangan 2 kali seminggu dari Kuala Lumpur ke Banyuwangi.Kepada anda yang nak ke
Banyuwangi tempahlah tiket penerbangan segera dengan pesawat
Citilink.
Pesawat Citilink, Airbus A320-200 menyediakan hidangan yang lazat ketika perjalanan. Kami dihidangkan dengan menu 'Nasi Tangkap Aceh' bersama air mineral dan puding.
Rindu nak makan flight meals. Kali ini dapat merasa 'Nasi Tangkap Aceh' di mana nasi putih + ayam goreng aroma khas Aceh & harus dimakan dengan Saus Cabe untuk tambah pedas.
Lia duduk di seat ekonomi biasa dan semestinya tepi window untuk tengok view. Kalau tempat duduk Green Zone dari bahagian No. 1 hingga 5. Anda juga boleh baca Safety Instruction untuk tahu lebih lanjut mengenai Safety. Kami juga diberikan voucher dari tiket.com .
Sebelum turun pesawat, flight attendant akan memberikan 'Custom Declaration Form' untuk para penumpang untuk isikan dengan lengkap dan serahkan kepada pihak immigration. Tiba di airport terus turun pesawat & menaiki bas menuju ke balai ketibaan/
Perjalanan dari KL ke
Banyuwangi mengambil masa lebih kurang 3 jam & mendarat di
BandarUdara Internasional Banyuwangi (ataupun dikenali dengan Blimbingsari Airport). Ia dibuka untuk operasi pada Disember 2010. Lapangan terbang ini dikenali sebagai Lapangan Terbang Hijau Pertama di Indonesia.
Untuk maklumat lanjut mengenai Citilink, boleh kunjungi :
Laman web :
https://www.citilink.co.id/enFacebook :
https://www.facebook.com/citilinkInstagram :
https://www.instagram.com/citilink/![Bercuti dan Melawat Tempat Menarik di Banyuwangi, Indonesia www.liahasty.com]()
Kami tiba lebih kurang pukul 3 petang. Terus ke imigresen untuk chop passport dan mengambil luggage masing-masing. Ketibaan kami disambut khas oleh staff dari Kementrian Pariwisata. Sementara ke hotel, kami diberikan heavy snack dalam
'besek bambu'.
![Bercuti dan Melawat Tempat Menarik di Banyuwangi, Indonesia www.liahasty.com]()
Green bus, our transportation yang sangat selesa sepanjang berada di Banyuwangi & Bali.
Menginap di Hotel El Royal Banyuwangi
![Bercuti dan Melawat Tempat Menarik di Banyuwangi, Indonesia www.liahasty.com]()
Dari Bandar Udara Internasional Banyuwangi terus menaiki bas ke
Hotel El Royal Banyuwangi& jarak perjalanan 12 km lebih kurang 20 minit. Kami menginap di hotel ini selama 2 malam sepanjang berada di Banyuwangi. Sementara menunggu persiapan bilik, minum dahulu 'Welcome Drink' di Gandrung Lounge.
Hotel El Royal Banyuwangi dibina dengan unsur alam semula jadi yang indah (scenic nature), menggabungkan seni bina tradisional dengan sentuhan moden dan terletak di tengah-tengah Jawa Timur. Lia dapat tengok ada unsur-unsur tradisional Jawa Timur dari segi dekorasi & seni bina di sni.
Hotel El Royal Banyuwangi menawarkan penginapan yang canggih, perkhidmatan yang indah dan kemudahan yang dilantik dengan citarasa yang lazat dari masakan Indonesia di restoran Ijen, perkhidmatan organisasi perkahwinan dan pelbagai aktiviti percutian yang menarik.
Ada 3 jenis room & suites ada di hotel ini :
Osing Villa's, Junior Suite & Deluxe.![Bercuti dan Melawat Tempat Menarik di Banyuwangi, Indonesia www.liahasty.com]()
Lia bermalam dalam
Deluxe Room di hotel bersama partner terbaru, Mila dari RTM. Deluxe Room dapat menampung 2 orang tetamu dimana ada 2 single bed. Saiz bilik: 30.60 m2. Bukan setakat bahagian luar hotel, dalam bilik juga ada gabungan seni bina tradisional & moden dan pelbagai kemudahan.
Kemudahan yang ada di dalam Deluxe Room :
📌Air Conditioning 📌Working Desk 📌LCD TV / Plasma Screen TV 📌Shower Coffee / Tea Maker 📌Complimentary Mineral Water 📌Free internet Access 📌Key Card access
![Bercuti dan Melawat Tempat Menarik di Banyuwangi, Indonesia www.liahasty.com]()
Dalam bahagian toilet pula ada partition untuk bilik mandi, ruang sinki yang luas dengan cermin besar, toiletries, tuala dan juga hair dryer.
![Bercuti dan Melawat Tempat Menarik di Banyuwangi, Indonesia www.liahasty.com]()
Setiap bilik di
Hotel El Royal Banyuwangi ada di balkoni peribadi & boleh tengok pemandangan hijau.
![Bercuti dan Melawat Tempat Menarik di Banyuwangi, Indonesia www.liahasty.com]()
Kami juga sempat melawat
Osing Villas seperti kediaman peribadi dengan senibina sebuah rumah adat yang khas dari Osing Tribe. Saiz bilik: 56.25 m2. Sesuai untuk Honeymoon couple.
![Bercuti dan Melawat Tempat Menarik di Banyuwangi, Indonesia www.liahasty.com]()
Selain itu hotel ini terdapat banyak kemudahan lain, Dining & Facilities seperti :
♥ Ijen Restaurant ♥Gandrung Lounge ♥Swimming Pool ♥Kids Playground
Kalau anda nak bercuti di Banyuwangi dengan bilik yang selesa, memang Lia nak recommend
Hotel El Royal Banyuwangi ❗ Mana nak dapat harga lebih kurang RM190 untuk 1 malam (Deluxe Room) included breakfast, banyak kemudahan dan selesa macam ni
❗
Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi :
Laman web :
http://banyuwangi.el-hotels.com/📍Alamat: Jl. Raya Jember KM 7 Pakistaji, Dusun Krajan, Dadapan, Kabat, Kabupaten Banyuwangi, Jawa Timur 68461, Indonesia
Sarapan pagi di Ijen Restaurant, Hotel El Royal Banyuwangi
![Bercuti dan Melawat Tempat Menarik di Banyuwangi, Indonesia www.liahasty.com]()
Setiap pagi akan sarapan disediakan oleh
Ijen Restaurant, Hotel El Royal Banyuwangi. Dapat menampung 250 orang sekaligus dan mempunyai reka bentuk seni bina bangunan dan pedalaman etnik Banyuwangi yang khas.
Ijen Restaurant menyediakan menu barat, menu Indonesia dan menu tradisional banyuwangi seperti Rujak Soto, Nasi Tempong dan minuman Temulawak. Paling best kat sini ada pelbagai jenis sambal yang boleh cuba.
Makanan yang disediakan dalam bentuk buffet & apa yang menarik Lia dapat cuba pelbagai makanan Indonesia di sini.
Mendaki Gunung Ijen dan Melihat Blue Fire
![Mendaki Gunung Ijen dan Melihat Blue Fire di Banyuwangi, Indonesia www.liahasty.com]() |
Pandangan Gunung Berapi Ijen. Kredit gambar kepada Mr David ST Loh. |
Kalau sebut Banyuwangi mesti dah terlintas Gunung Berapi Ijen. Hari kedua kami di sini hiking beramai-ramai ke puncak Gunung Berapi Ijen. Kami bangun seawal 11.30 malam untuk bersiap dan 12.00 malam kami bertolak ke Gunung Berapi Ijen dengan menaiki jeep untuk 5 orang. Perjalanan ambil masa lebih kurang 1 jam.
Sebelum trekking, kami berada di starting point Paltuding untuk mendengar briefing mengenai program Blue Fire. Kami juga diberikan headlamp & gas masker setiap seorang. Lia juga menyewa jacket (50ribu rupiah) dan membeli glove (10 ribu rupiah) sebab tak tahan dengan suhu yang terlampu sejuk di starting point.
Kami seramai 20 orang dipecahkan kepada 2 group dengan guide masing-masing. Trekking bermula pukul 1.30 pagi dengan suasana gelap dan perlu memakan head lamp atau membawa torch light. Kalau boleh tolong buat stretching dahulu atau simple exercise sebelum hiking. Ada buat persediaan awal beberapa hari sebelum hiking macam Lia yang jarang hiking. Kalau anda seorang hikers, its ok.
![Mendaki Gunung Ijen dan Melihat Blue Fire di Banyuwangi, Indonesia www.liahasty.com]() |
Kredit gambar kepada Mr David ST Loh |
Anggaran masa untuk orang biasa selalunya 1 jam setengah hingga 2 jam untuk naik ke atas dan juga 2 jam perjalanan turun dari puncak. Masa mula-mula hiking ramai-ramai kemudian makin lama makin berkurang. Dalam gelap dengan suhu sangat sejuk dan habuk yang kuat boleh menutup mata. Lia pada mulanya muntah beberapa kali akibat gastrik, muka pucat & finally berjaya juga naik sampai puncak.
![Mendaki Gunung Ijen dan Melihat Blue Fire di Banyuwangi, Indonesia www.liahasty.com]() |
Kredit gambar kepada Mr David ST Loh |
Pada mula trekking semuanya beramai-ramai, tetapi makin bersurut sebab masing-masing ada yang kepenatan dan berehat, ada juga yang naik 'taxi' ataupun troli yang ditolak dan ditarik manusia. Semasa trekking, Lia hanya berseorangan dan terpisah dengan kawan-kawan yang lain. Dengan cuaca yang sejuk & debu yang berterbangan masuk mata.
![]()
Selepas sampai ke puncak barulah Lia berjumpa dengan beberapa kawan-kawan yang lain. Hanya kami berempat sahaja + satu tour guide yang menemani Lia trekking turun ke bawah untuk ke
Blue Fire. Lia sampai di puncak dalam suasana yang agak gelap dan turun ke
Blue Fire masih gelap. Ada beberapa kali yang Lia jatuh tergelincir terpijak batu dan suasana gelap yang tak nampak apa-apa. Nasib baik ada kawan-kawan yang membantu. Betapa pentingnya adanya head lamp ataupun torch light.
![Mendaki Gunung Ijen dan Melihat Blue Fire di Banyuwangi, Indonesia www.liahasty.com]()
Lia berjaya juga sampai ke puncak Ijen dan menuruni ke
Blue Fire. Kami di melihat Blue Fire dan berada di sana dari gelap sampai ke cerah. Bila di bawah, bau belerang sangat kuat dengan asap yang tebal, sentiasa memakai gas masker. Bila matahari terbit, terus nampak curamnya nak naik ke puncak. Kami juga dalam melihat tasik kawah berasid berwarna biru. Perasaan mulanya hampir giveup dan menangis ketika trekking terus rasa lega lepas berjaya dan tengok view secantik ini.
Inilah pengalaman manis Lia ketika berada di Gunung Berapi Ijen,Banyuwangi. Satu detik manis yang tak dapat lupakan dimana Lia sendiri tak sangka berjaya trekking & tak confident dengan diri sendiri pada mulanya. Perjalanan pulang kami sempat mengambil gambar di banyak sudut lawa di Gunung Ijen. Terus pulang ke hotel dan sarapan, berehat & massage untuk kaki yang sakit ni😅
Mengenai Gunung Berapi Ijen
Kompleks gunung berapi Ijen adalah sekumpulan gunung berapi komposit yang terletak di perbatasan antara Kabupaten Banyuwangi dan Kabupaten Bondowoso Jawa Timur, Indonesia.
Barat Gunung Merapi adalah gunung berapi Ijen, yang mempunyai tasik kawah berasid berwarna biru. Tasik toksik adalah tapak operasi perlombongan belerang yang intensif buruh, di mana mereka perlu mengangkat atau mengandar dua bakul yang sarat dengan belerang seberat 90kg dibawa oleh tangan dari lantai kawah. Kerja-kerja ini dibayar dengan baik memandangkan kos sara hidup di kawasan itu, tetapi satu pekerjaan yang sangat berat. Pekerja perlu membawa banyak potongan sulfur sekitar tiga kilometer ke Lembah Paltuding yang berdekatan untuk dibayar.
Kawah aktif di Kawah Ijen mempunyai diameter 722 meter (2,369 kaki) dan luas permukaan 0.41 kilometer persegi (0.16 meter persegi). Ia adalah 200 meter (660 kaki) dalam dan mempunyai jumlah 36 hektometri padu (29,000 ekar persegi).
![Image result for blue fire banyuwangi]() |
Sumber gambar google |
Apa itu Blue Fire❓
Kawah Ijen adalah satu-satunya kawah di Indonesia yang mempunyai fenomena alam "
Blue Fire". Di dunia, hanya dua tempat Indonesia & Iceland.
Blue Fire berlaku kerana haba kawah Ijen digabungkan dengan belerang untuk menghasilkan kesan nyalaan biru di permukaan. Fenomena ini hanya boleh dilihat sebelum matahari terbit selalunya pukul 3.00 atau 4.00. Kadang-kadang besar, kecil dan adanya tak kelihatan sebab dipengaruhi cuaca.
Inilah tarikan utama di
Banyuwangi, Lia dah cuba trekking di sini, anda bila lagi❓
Baluran National Park
Kalau anda nak terasa suasana savanna tak payah pergi jauh sampai Africa, boleh je datang
Baluran National Park di Banyuwangi. Di sini terdapat spesies tumbuhan, mamalia dan burung yang terancam di sini. Kalau anda bertuah bukan sahaja dapat tengok spesies pokok di sini malah dapat tengok haiwan-haiwan berkeliaran. Sepanjang perjalanan Lia banyak tengok rusa dan monyet. Sepanjang perjalanan, pengunjung akan dapat lihat suasana kering kontang di musim kemarau.
Baluran National Park terletak di Kabupaten Situbondo, Jawa Timur, Indonesia. Ia mempunyai iklim yang agak kering dan kebanyakannya terdiri daripada savanna (40%), serta hutan dataran rendah, hutan bakau dan bukit, dengan Gunung Baluran (1,247 m) sebagai puncak tertinggi.
Pantai Bama![Bercuti dan Melawat Tempat Menarik di Banyuwangi, Indonesia www.liahasty.com]()
Kami juga sempat singgah Pantai Bama selepas melawat
Baluran National Park. Kedatangan kami disambut dengan puluhan monyet di sepanjang pantai. Sempat bergambar di tepi pantai, tengok pemandangan laut dan minum 'Soda Gembira'.
![Bercuti dan Melawat Tempat Menarik di Banyuwangi, Indonesia www.liahasty.com]()
Untuk sampai ke Pantai Bama memang kena lalui
Baluran National Park dahulu, dari gerbang ke lokasi Pantai Bama berjarak sekitar 8 km. Keunikan Pantai Bama yang lain adalah lokasinya yang dikelilingi oleh tumbuhan mangrove. Terdapat juga kemudahan lain seperti tandas, tempat makan dan istirehat dan lain-lain.
Makanan dan Restoran Lazat di Banyuwangi
Kalau datang ke Indonesia, mesti lah cuba makan di sini kan. Kami dapat merasan dan mencuba beberapa jenis makanan Banyuwangi. Selain sarapan pagi di hotel, kami juga ingin mencuba hidangan lain di sini.
Jaran Goyang Resto
Hari pertama tiba di Banyuwangi, malamnya kami di bawa dinner di
Jarang Goyang Resto.
Namanya agak lucu kalau di Malaysia lagu dangdut Jarang Goyang memang agak famous. Jaran Goyang bermaksud Jampi atau mantera. Restoran yang agak luas dan besar boleh menampung yang makan di sini.
Restoran yang menghidangkan makanan laut terbaik dan masakan khas Banyuwangi. Tempatnya yang besar dan selesa, makanan yang sedap dan yang pastinya Halal❗ Memang semua lauk, ulaman hingga lah pencuci mulut semuanya sedap.
![Bercuti dan Melawat Tempat Menarik di Banyuwangi, Indonesia www.liahasty.com]()
Banyak lokasi menarik untuk bergambar dan update dalam instagram.
![Bercuti dan Melawat Tempat Menarik di Banyuwangi, Indonesia www.liahasty.com]()
Sambil menikmati selera anda disajikan dengan alunan muzik dan nyanyian dari busker.
Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi:
Facebook :
https://www.facebook.com/jarangoyangbwi/Laman web :
https://jaran-goyang-spesial-seafood-masakan-khas-banyuwangi.business.site/📍Alamat: Jl. Kolonel Sugiono No. 91, Tukangkayu, Kertosari, Kec. Banyuwangi, Kabupaten Banyuwangi, JAwa Timur 68418, Indonesia
Restoran Sego Temping Mbok Wah
![Bercuti dan Melawat Tempat Menarik di Banyuwangi, Indonesia www.liahasty.com]()
Hari kedua di Banyuwangi kami di bawa untuk makan tengah hari di Restoran Mbok Wah. Ia merupakan makanan lokal yang patut cuba! Sambalnya yang pedas tapi sedap bila dimakan dengan nasi putih.
![Bercuti dan Melawat Tempat Menarik di Banyuwangi, Indonesia www.liahasty.com]()
![Bercuti dan Melawat Tempat Menarik di Banyuwangi, Indonesia www.liahasty.com]()
Makanan di sini terdiri daripada nasi putih, pelbagai pilihan lauk & sambal yang pedas. Antara lauk yang ada seperti ayam goreng, ikan goreng, udang goreng, sotong goreng, ketam goreng, telur dadar, dan banyak lagi. Apapun kena cuba makan dengan sambal yang pedas gila tapi sedap.
📍Alamat: Jl. Gembrung No.220, Lingkungan Watu Ulo R, Bakungan, Glagah, Kabupaten Banyuwangi, Jawa Timur 68431, Indonesia
Restoran Osing Deles
![Bercuti dan Melawat Tempat Menarik di Banyuwangi, Indonesia www.liahasty.com]()
Pada sebelah malam, kami makan malam di salah sebuah restoran terkenal Restoran Osing Deles di Banyuwangi. Restoran Osing Deles merupakan restoran dan kedai menjual oleh Oleh-Oleh khas Banyuwangi.
![Bercuti dan Melawat Tempat Menarik di Banyuwangi, Indonesia www.liahasty.com]()
![Bercuti dan Melawat Tempat Menarik di Banyuwangi, Indonesia www.liahasty.com]()
Kami makan diruangan atas tingkat 3 & dihidangkan dengan sajian menu
Nasi Putih, lauk
Pindang Koyong, Sayur Asam, Ikan Masak Pedas, Pecel Pitik, Orem-orem(Tempe Tauhu), Ketan Kirip, Es Buah, Kopi & Teh.Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi:
Facebook :
https://www.facebook.com/pages/category/Fast-Food-Restaurant/Osing-Deles-1781029642152233/ 📍Alamat: Jl. K.H. Agus Salim No. 12A, Taman Baru, Kec. Banyuwangi, Kabupaten Banyuwangi, Jawa Timur 68416, Indonesia
Adat dan budaya di Banyuwangi
Kami juga disambut dengan 3 jelitawatan dengan Tarian Gandrung di Restoran Osing Deles. Tarian Gandrung merupakan tarian khas & salah satu ikon Banyuwangi. Tarian yang satu aliran Jaipong (Jawa Barat) dan Ronggeng (Jawa Tengah) ini menjadi hiburan rakyat di acara dan musim perayaan dan juga perhargaan menyambut tetamu.
Tarian Gandrung ditarikan oleh
wanita dan bersama-sama dengan muzik mudah seperti biola, segitiga (disebut kluncing), gong (atau kempul), kendhang dan kadang-kadang dengan keyboard sebagai akibat pengaruh moden. Busana penari juga sangat cantik digayakan dengan perhiasan kepala. Tetamu juga dijempur menari bersama-sama dengan penari.
Menuju ke Bali dengan Feri dari Ketapang Port, Banyuwangi
Perjalanan kami di Banyuwangi sudah hampir tamat. Banyak lagi tempat menarik yang Lia tak dapat kunjungi. Mungkin masa akan datang Lia akan berkunjung ke Banyuwangi lagi. Walaupun masa agak terhad, tapi pengalaman di Banyuwangi terumatanya hiking Gunung Ijen masih dalam ingatan. Kami check-out dari hotel dan terus menuju ke Ketapang Port, Banyuwangi.
Goodbye Banyuwangi, Hello Bali
Hari seterusnya kami menuju ke Bali. Lia akan berkongsi tempat dan aktiviti menarik yang dilakukan sepanjanjang di Bali.
Sebelum itu, Lia nak kongsikan Iterinary kepada pembaca semua.
DAY 1
3.05 pm : Arrival at Bandar Udara Banyuwangi
3.05 - 4.05 pm : Luggage handling & welcome ceremony
4.05 pm : Drive & Check in El Royale Hotel Banyuwangi (Take a rest)
6.00 - 7.00 pm : Dinner at Jaran Goyang Resto
8.00 - 11.00 pm : Makan Malam
11.30 pm : Early Call
DAY 2
12.00 - 1.00 am : Drive to Ijen Plateau
1.00 - 7.30 am : Trekking up & down Ijen Plateau
7.30 - 8.30 am : Back to Hotel
8:30 - 9.00 am : Breakfast at El Royale Hotel Banyuwangi
9.00 - 1.00 pm : Take a rest
1.00 - 2.00 pm : Lunch at Mbok Wah Restaurant
2.00 - 5.00 pm : Proceed to Baluran National Park & Pantai Bama
5.00 - 6.30 pm : Drive to Osing Deles Restaurant
6.30 - 7.30 pm : Dinner at Osing Deles Restaurant
7.30 pm : Return Back to Hotel
DAY 3
6.00 am : Morning call
6.00 - 8.00 am : Breakfast & check out
8.00 - 8.30 am : Drive to Ketapang Port of Banyuwangi
8.30 - 9.30 am : Heading to Bali by ferry,
Hari seterusnya aktiviti kami di Bali.
Terima kasih semua. Selepas ini Lia akan kongsikan perjalanan kami menuju ke Bali untuk next entry.