Salam dan Hai semua,
Entry blog yang lepas Lia berkongsi rahsia bercukur bulu roma tanpa bercukur bersama Veet Hair Removal Cream untuk kulit normal bukan?
Hari ini Lia nak berkongsi pula bercukur untuk kulit yang kering dengan menggunakan Veet® Suprem Essence Hair Removal Cream. Sebagai pengguna, anda harus bijak memilih produk mengikut jenis kulit anda.
Penggunaan produk Veet® Suprem Essence Hair Removal Cream ini memang mengurangkan semua masalah ketika bercukur, tidak akan luka sama sekali, tidak menghabiskan wang untuk membeli pisau cukur, dan tidak perlu meluangkan masa yang agak lama.
Jangan risau wahai kaum wanita yang mempunyai masalah kulit kering ketika bercukur. Kini Veet® Suprem Essence Hair Removal Cream membantu anda dan anda akan berpuas hati dengan hasilnya.
Kelebihan Veet® Suprem Essence Hair Removal Cream ialah Suprem 'Essence adalah formula kecantikan untuk Kulit Normal dan Kering. Ia diperkaya dengan adunan minyak pati dan diberi sentuhan keharuman bunga velvet rose. Oleh itu, kulit anda bukan sahaja licin malah kulit yang lembut dan menyihatkan. Petumbuhan semula bulu juga turut lembut.
Kandungan Kotak Veet® Suprem Essence Hair Removal Cream
Kebaikkan menggunakan Veet® Suprem Essence Hair Removal Cream
1) Harga berpatutan
2) Saiznya yang mudah dibawa ke mana sahaja mahupun travel
3) Menjimatkan masa
4) Tidak menyakitkan atau melukakan
5) Boleh buat di rumah atau di mana-mana sahaja
6) Senang dipakai
7) Hasil yang memberansangkan
8) Tidak perlu membeli pencukur lagi
9) Bulu yang dibuang akan lambat tumbuh
Kandungan Kotak Veet® Suprem Essence Hair Removal Cream
1 x 90ml tiub
1 x Spatula
(Boleh didapati dalam 200ml)
Teksturnya yang ringan dan bau yang menyegarkan. Saiznya yang mudah dipegang.
Bahan-bahan (Ingredients)
Aqua, Urea, Potassium Thioglycolate, Paraffinum Liquidum, Alkohol Cetearyl, Calcium Hydroxide, Talc, Ceteareth-20, Gliserin, Sorbitol, Parfum, Potassium Hydroxide, Magnesium Trisilicate, Propylene Glycol, Lithium Magnesium Sodium Silicate, Butyrospermum Parkii Butter, , Citrus Aurantium Dulcis Peel Oil, Citrus Grandis Peel Oil, Benzyl Alkohol, Acrylates Copolymer, Linalool, Silica Hidrasi, Butylphenyl Methylpropional, CI 77891
Kulit yang licin dengan hanya 3 langkah
Sebelum menggunakan, sila baca dahulu langkah berjaga-jaga. Boleh rujuk di sebelah sisi kotak.
1. Menggunakan bahagian lengkung spatula, ratakan Veet® Suprem Essence Hair Removal Cream di kawasan yang diingini.
2. Biarkan Veet® Suprem Essence Hair Removal Cream pada kulit anda selama 3 minit, dan gunakan spatula untuk menanggalkannya. Sekiranya bulu keluar dengan mudah, gunakan hujung spatula yang lebih luas atau lebih sempit bergantung kepada bahagian badan, untuk menghapuskan selebihnya.
Sekiranya ada sisa yang tidak tertanggal, anda boleh meninggalkan krim selama 6 minit lagi - tetapi jangan tinggalkan terlalu lama.
3. Bilas kulit anda dengan air untuk dan keringkan.
Jenis Kulit
Kering
Masa Persediaan
3 - 6 minit
Tempoh
Keputusan yang agak pantas
Kawasan badan yang sesuai
Kaki
Garisan bikini
Di bawah lengan
Lengan
Langkah berjaga-jaga (Precautions)
Simpan pembungkusan luar untuk semua panduan. Baca & ikut semua langkah berjaga-jaga dan arahan sebelum penggunaan.
1. Jumlah masa penggunaan tidak boleh melebihi 6 minit.
2. Sesuai untuk digunakan pada kaki, lengan, bawah lengan & garis bikini. TIDAK SESUAI untuk digunakan di kepala, muka, mata, hidung, telinga, keliling dubur, kemaluan, puting atau mana-mana bahagian badan yang lain.
3. Jangan guna pada kulit yang mempunyai vena varikos, parut, tahi lalat, berbintik-bintik, pecah, rengsa, terkena selaran matahari atau kulit yang pernah mengalami kesan tidak diingini daripada penggunaan krim penanggal bulu roma pada masa lepas. Sentiasa peruntukkan selang masa 72 jam antara sesi menanggalkan bulu roma.
4. Dapatkan kepastian daripada doktor anda sebelum penggunaan jika anda sedang mengambil ubat yang boleh menjejaskan kulit, jika anda menghidap sebarang masalah berkaitan kulit, atau jika anda mengalami keadaan yang boleh menjejaskan kulit.
5. Sebelum setiap penggunaan, UJI TINDAK BALAS KULIT ANDA dengan menyapu dan melurut produk pada sebahagian kecil kulit yang perlu dirawat, dengan mengikut semua arahan penggunaan. Jika selepas 24 JAM tiada kesan tidak diingini, anda boleh terus menggunakan produk.
6. Jika anda mengalami sebarang rasa pedih/menggelenyar semasa penggunaan, segera lurutkan produk dan bilas dengan air sejuk hingga bersih. Jika rasa pedih berterusan, dapatkan nasihat perubatan.
7. Kulit mungkin lebih sensitif seketika selepas penggunaan. Jadi, jangan garu.
8. Selepas penggunaan, kami syorkan anda tunggu 24 jam sebelum menggunakan sebarang produk anti peluh, produk wangian, menggunakan alat pemerangan kulit tiruan, berenang atau berjemur di bawah matahari.
9. SIMPAN DI TEMPAT YANG TIDAK BOLEH DILIHAT DAN DICAPAI OLEH KANAK-KANAK.
10. Sekiranya tertelan, segera dapatkan nasihat perubatan dan tunjukkan pembungkusan luar.
11. Elakkan terkena mata. Sekiranya terkena mata, segera bilas dengan banyak air dan dapatkan nasihat perubatan.
12. Mengandungi alkali dan thioglycolate.
13. Produk boleh menyebabkan permukaan menjadi licin.
14. Elakkan tumpahan di atas permaidani, pakaian dan lantai.
1) Harga berpatutan
2) Saiznya yang mudah dibawa ke mana sahaja mahupun travel
3) Menjimatkan masa
4) Tidak menyakitkan atau melukakan
5) Boleh buat di rumah atau di mana-mana sahaja
6) Senang dipakai
7) Hasil yang memberansangkan
8) Tidak perlu membeli pencukur lagi
9) Bulu yang dibuang akan lambat tumbuh
Anda boleh tonton video ini untuk lebih memahami cara penggunaan!
Harga
100ml - RM20.50
Dapatkan segera produk ini Veet® Suprem Essence Hair Removal Cream segera di pasaran atau kedai-kedai berdekatan. Ataupun boleh secara atas talian di Lazada, 11Street atau pun Lelong MY.
Laman web : http://www.veet.com.my/
Instagram : @veetmalaysia
Facebook : Veet Malaysia
Selamat Mencuba!