Quantcast
Channel: LIA HASTY'S PERSONAL BLOG
Viewing all articles
Browse latest Browse all 682

Mencuba Laksa Kuala di Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak

$
0
0
Salam dan Hai semua,

Kuala Kangsar bukan sahaja dikenali sebagai bandar diraja dan bersejarah malah turut terkenal dengan menu Laksa Kuala nya yang popular. Kalau datang ke Kuala Kangsar, jangan lupa singgah untuk mencuba Laksa Kuala. Kalau tak cuba, rasa macam tak lengkap perjalanan ke Kuala Kangsar.

Setiap negeri mempunyai resepi dan ramuan yang berbeza dalam penyediaan laksa. Di Pulau Pinang, kuah laksa sangat pekat berbanding dengan Laksa Kuala yang sedikit cair tetapi rasanya juga sedap dan memikat selera.


Di sini Lia akan kongsikan salah satu kedai yang menjual laksa di area Kuala Kangsar. 

Terdapat banyak kedai yang menyediakan Laksa Kuala. Salah satu kedai yang Lia cuba ialah Kedai Laksa Kerang Sotong beralamat di No. 8, Jalan Raja Chulan, Kuala Kangsar.



Kedai Laksa Kerang Sotong sudah bertapak lama di Kuala Kangsar. Lokasinya mudah untuk dicari. Kedai ini menyediakan kerusi dan meja yang mencukupi untuk semua pelanggan yang datang di sini.

Menu dan harga makanan dan minuman terpampang di hadapan Kedai. Hanya perlu pilih semasa membuat tempahan di sini.

Kedai Laksa Kerang Sotong juga diulas dan dipapar dalam artikel sebuah surat khabar cina. Kedai Laksa Kerang Sotong diusahakan oleh bapa dan anak. Jika anda pergi ke sana akan terserempah dengan dua beranak ini 

Makanan


Kedai Laksa Kerang Sotong hanya menyediakan 3 menu ini sahaja iaitu Laksa, Sotong Kangkung & Kerang. Walaupun hanya 3 menu, tapi hidangan ini sangat menyelerakan dan menyengat.

Laksa

Harga :
Biasa @ RM3.50
Tambah Telur Rebus @ RM4.30






Anda juga boleh tambah keropok ikan di dalam laksa anda. Akan berasa rangup ketika menguyah makan bersama laksa. Hanya tambah RM0.80 sahaja untuk satu.


Rasa macam tak lengkap kalau tak tambah Otak Udang.

Sotong Kangkung 


Harga :
Kecil @ RM7.50
Sederhana @ RM14.00
Besar @ RM16.00

Sos Sotong Kangkung ini ialah sos khas buatan sendiri digunakan dan di campur bersama sotong dan kangkung,  kemudian dihiasi dengan cili dan kacang hancur

Kerang Rebus

Kerang Rebus yang disediakan segar untuk dimakan.

Harga :
Kecil @ RM6.00
Sederhana @ RM8.50
Besar @ RM10.00



Kerang Rebus yang dihidangkan bersama kuah kacang dan perahan limau untuk dicicah.

Minuman


Pelbagai jenis minuman yang disediakan. Anda hanya perlu pilih menu yang dipaparkan mengikut selera anda.


Ais Laichee @ RM2.50


Ais Tebu@ RM1.80


Menu minuman lain yang disediakan :

ABC @ RM2.80
Ais Kelapa @ RM1.80
Ais Limau @ RM1.50
Ais Asam Limau @ RM1.50
Ais Jagung @ RM2.80
Ais Leng Gung @ RM1.80
Ais Barli @ RM1.50
Ais Buah @ RM2.50
Air Tin @ RM2.00


Laksa Kerang Sotong

Alamat :

Kuala Kangsar Laksa
No. 8, Gerai Makanan,
Jalan Raja Chulan,
33000 Kuala Kangsar, Perak.

No. Tel : 016-557 6779

Waktu Perniagaan: 1.00pm - 7.00pm

Boleh kunjungi laman sosial :





Viewing all articles
Browse latest Browse all 682

Trending Articles